Radio Taiwan International mewakili pihak Taiwan menyiarkan acara Radio di peringkat antarabangsa, selalu mengikuti perkembangan media global dan trend audio-visual yang baharu. Selain memperkenalkan acara radio sedia ada dan yang baharu, Rti juga menggunakan sumber penyiaran tradisional dan menggabungkan program yang baru dengan menghasilkan dan menyiarkan video dan laman web rasmi baharu dengan konsep "pendaraban tambahan", menyampaikan wajah Taiwan yang pelbagai kepada pendengar global.
Radio Taiwan International memberikan kesempatan kepada penonton bukan sahaja mendengar tentang Taiwan, tetapi juga melihat keindahan Taiwan melalui media baharu seperti penyiaran audio-visual, grafik dan teks. Rti telah berinovasi secara aktif dalam beberapa tahun kebelakangan ini. Selain menyediakan berita yang kaya serta program siaran udara berkualiti tinggi kepada pendengar dan netizen dari seluruh Selat Taiwan, ia juga menyediakan pelbagai laman web khas, serta bahasa Inggeris, Perancis, Sepanyol , Jerman, Rusia, Jepun, Korea, bahasa Indonesia, Thai, Vietnam, Filipina, Melayu dan dua belas tapak web bahasa asing yang lain, tujuannya ialah untuk mempersembahkan Taiwan yang lebih kaya dalam pelbagai cara.