close
Suara dari Taiwan Muat turun aplikasi rasmi sekarang
Mula
:::

Majlis Konvokesyen Universiti di Taiwan

  • 24 June, 2025
Salam Taiwan
Universiti Nasional Taiwan menganjurkan majlis konvokesyen pada 27 Mei. (Gambar: CNA)

Setiap tahun, apabila bulan Jun melabuhkan tirainya di Taiwan, suasana kampus universiti berubah menjadi lautan bunga, jubah, dan senyuman.

Inilah musim graduasi—satu peristiwa yang bukan sahaja menandakan tamatnya perjalanan akademik, tetapi juga detik yang mempertemukan harapan, kerinduan, dan masa depan yang belum ditentukan.

Di pentas-pentas megah universiti, nama-nama dipanggil satu per satu, bukan sekadar sebagai formaliti, tetapi sebagai simbol perjuangan bertahun-tahun yang kini berbalas hasilnya.

 

Penyiar

Komen